Site news

Program Hari Terbuka “ JOM Masuk PPPJJ “

 
Picture of NAZRI BIN AHMAD (ENCIK)
Program Hari Terbuka “ JOM Masuk PPPJJ “
by NAZRI BIN AHMAD (ENCIK) - Friday, 17 February 2017, 9:09 AM
 

Assalamualaikum  dan  selamat  sejahtera  YBhg.  Dato’/Tuan/Puan

Untuk makluman semua,   untuk  julung kalinya ,   PPPJJ  akan menganjurkan program hari terbuka “ JOM Masuk PPPJJ “  seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 dan 25 Februari 2017 ( Jumaat dan Sabtu )
Tempat : DUP  A dan  DUP B
Masa :              
8.30 pagi - 9.00 malam ( Jumaat  )
8.30 pagi - 5.00 petang ( Sabtu )

Objektif   program hari terbuka PPPJJ  ialah  untuk  memberikan  maklumat yang jelas  tentang program-program  RPJJ  yang sedang ditawarkan  oleh PPPJJ iaitu  ijazah sarjana muda  di samping  juga   mempromosi  program  ijazah tinggi  PPPJJ serta  program pendidikan berterusan   PPPJJ.

Antara  pengisian menarik  lain Hari Terbuka PPPJJ  adalah sesi pertemuan dengan Profesor - Profesor PPPJJ, Slot bersama Ikon OKU Negara, Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor,  sesi penerangan oleh Pengerusi-pengerusi  Rancangan / pensyarah / Penyelaras SBU   PPPJJ,  kempen menderma darah  oleh Pusat Sejahtera USM  serta  pameran -pameran  oleh PTJ -PTJ di USM seperti  Pusat Racun Negara, Pusat Media USM, Institut Pengajian Siswazah dan  Seksyen Kemasukan dan lain-lain . Sementara   agensi luar yang terlibat adalah Jabatan Kastam Perak,  Maritm Putra Jaya, Jabatan Penjara Malaysia, KDN,  MARA , BSN , CIMB  dan Maybank serta  gerai-gerai persatuan pelajar PPPJJ dan ALUMNI PPPJJ.

Memandangkan program ini juga turut melibatkan penglibatan pelajar dan ALUMNI. Hebahan melalui FB : ( Persatuan Pelajar PJJ USM – Official )  turut diadakan.

Sekian harap maklum

Terima kasih
“Saya sayang USM”

 
HJ Abd Hadi Ahmad
Ketua Projek merangkap
Timbalan Pendaftar
PPPJJ, USM