Site news

UNTUK SEMUA PELAJAR RPJJ PW JOHOR BAHRU

 
Picture of Admin  (e-Learning PPPJJ)
UNTUK SEMUA PELAJAR RPJJ PW JOHOR BAHRU
by Admin (e-Learning PPPJJ) - Friday, 17 February 2017, 11:16 AM
 

Untuk makluman semua, pihak pengurusan PPPJJ sedang membuat persiapan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak MQA terhadap PW Johor Bahru. PW Johor Bahru sahaja siap sepenuhnya direnovasi oleh pihak kontraktor dan akan dibuat pemeriksaan akhir oleh Jabatan Pembangunan USM pada 22 Februari 2017. Setelah itu pihak pengurusan PPPJJ akan berurusan dengan pihak MQA untuk lawatan audit dan akan dibawa ke Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap ijazah  RPJJ yang ditawarkan di PW Johor Bahru.

 

Sehubungan itu, saudara/saudari diharap dapat mengambil maklum tentang perkara ini dan menjauhkan sebarang prasangka terhadap pengajian RPJJ  PW Johor Bahru.

 

Sekian, harap maklum.

 

Terima kasih.

 

Haji Abd Hadi Ahmad

Timbalan Pendaftar

PPPJJ