PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR DI SEBERANG PERAI PULAU PINANG

Perhatian Kepada Pelajar  Pusat Wilayah Pulau Pinang sahaja

 

Pusat Peperiksaan Akhir di Seberang Perai, Pulau Pinang

– Lokasi Baharu:  Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang

 

Untuk makluman tuan/puan, satu pusat peperiksaan baharu akan diwujudkan di Seberang Perai, Pulau Pinang bagi Sidang Akademik 2016/2017.  Lokasi Pusat Peperiksaan Seberang Perai ini ialah di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia Nibong Tebal, Pulau Pinang.  Pusat Peperiksaan Akhir ini hanya boleh menempatkan 400 orang pelajar sahaja. 

 

Sehubungan itu, keutamaan diberikan kepada pelajar pusat wilayah Pulau Pinang di bahagian Seberang Perai, Kedah dan Perak yang tinggal berdekatan dengan kampus USM Kejuruteraan Nibong Tebal.  Pelajar yang berminat perlu mendaftar nama di ruangan yang disediakan di portal (di bawah blok "PILIHAN PUSAT PEPERIKSAAN SEBERANG PERAI"). 

Pendaftaran terhad kepada 400 orang pelajar yang terdahulu sahaja.  Pendaftaran akan ditutup setelah jumlah pelajar telah mencukupi 400 orang.  Pelajar yang tidak dapat mendaftar                 untuk pusat peperiksaan Seberang Perai perlu kekal menduduki peperiksaan akhir di Kampus USM Induk.

 

Harap maklum.

 

 

___________________________

Timbalan Dekan

(Akademik & Antarabangsa)

 

Last modified: Friday, 6 January 2017, 11:34 AM