AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR : PROGRAM DERMA DARAH 19/1/2017

 PELAJAR PPPJJ JAYAKAN PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN PUSAT SEJAHTERA USM

 

 

Bersempena  Kursus Intensif Sidang Akademik  2016/2017, Pusat Sejahtera USM dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Persatuan Pelajar PPPJJ telah menganjurkan program Kempen Derma Darah bertempat di Pusat Sejahtera USM yang telah dijalankan pada Khamis, 19 Januari 2017. Bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 4:30 petang, kempen yang julung-julung kali diadakan ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar dan staf yang telah menderma darah yang secara keseluruhannya dapat mengumpul kira-kira 30 beg dengan purata kumpulan darah ialah jenis A dan O.   

 

Darah yang disumbangkan akan di proses di makmal IPPT untuk kegunaan pesakit di bawah jagaan IPPT.  Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani pembedahan-pembedahan adalah golongan yang dijangka mendapat manfaat daripada program ini.

 

Pada masa akan datang program seperti ini harus dirangka dalam skala yang lebih besar supaya lebih ramai lagi dapat menunaikan satu tanggungjawab sosial kepada negara di samping dapat meningkatkan simpanan tabung darah negara.

 

Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menyertai program ini. Anda telah memberi sumbangan yang sangat bererti kepada insan-insan yang memerlukan.

 

Tahniah dan terima kasih kepada Pusat Sejahtera USM yang telah menganjur program ini serta  IPPT dan Persatuan Pelajar PPPJJ, USM dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini pada semua peringkat.

Last modified: Friday, 20 January 2017, 10:00 AM