HARI TERAKHIR KURSUS INTENSIF SA 2016/2017

KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2016/2017

PADA 17 JANUARI 2017-9 FEBRUARI 2017

BERAKHIR HARI INI

 

 

Sehingga jam 11:00 malam pada Rabu, 8 Februari 2017, masih ada lagi pelajar PPPJJ mengikuti  kuliah dan menjalani latihan  amali bagi melengkapkan  pembelajaran mereka sepanjang  menghadiri Kursus Intensif Sidang Akademik 2016/2017. Hakikatnya,  Kursus Intensif  sememangnya diadakan dengan tujuan  untuk memantapkan proses pembelajaran Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains  Malaysia.

 

Hari Khamis, 9 Februari 2017 merupakan  hari kelepasan am bagi Pulau Pinang iaitu cuti perayaan Thaipusam. Maka dengan itu berakhirlah Kursus Intensif bagi Sidang Akademik 2016/2017. Tahniah diucapkan kepada pelajar PPPJJ yang telah melalui kursus ini dengan penuh kesabaran. Pelajar yang benar-benar memanfaatkan kursus ini pasti  akan mendapat manfaat hasil usaha yang bersungguh-sungguh tanpa  mengenal penat-lelah.

 

Semoga apa yang anda peroleh sepanjang berkursus intensif menjadi titik tolak kepada usaha gigih anda yang seterusnya. Suka duka menjalani Kursus Intensif sesama rakan seperjuangan akan membina satu semangat juang yang jitu untuk memburu kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Syabas!

 

Last modified: Wednesday, 8 February 2017, 12:14 PM