SUKAN SEA KE 29

SUKAN SEA KE 29   

19-31 OGOS 2017

 

MAKLUMKAN PENGLIBATAN ANDA

 

Acara Sukan SEA 2017 yang penuh penuh  gilang-gemilang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada  19-31 Ogos 2017. Atas semangat kesukanan, kegemilangan sukan berprestij ini turut disokong oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Untuk itu PPPJJ amat mengalu-alukan maklumat daripada semua  para pelajar yang terlibat secara langsung dengan sukan ini sama ada sebagai atlet, petugas, sukarelawan atau apa saja peranan  anda dalam Sukan SEA 2017  ini.

Maklumkan kepada kami perkara-perkara berikut:

Nama

Bidang Pengajian

No Matrik

Tugas/Penglibatan

Peristiwa- nyatakan tarikh dan nama acara/majlis

No. Telefon

Alamat Emel

berserta FOTO yang diambil secara swafoto atau lain-lain yang bersesuaian.

 

PPPJJ dari semasa ke semasa akan berkongsi berita anda di laman portal PPPJJ sebagai penghargaan PPPJJ terhadap penglibatan anda serta sokongan PPPJJ terhadap kemeriahan Sukan SEA 2017.

Sila emel maklumat yang diperlukan kepada zabidah@usm.my

Maklumat boleh disampaikan bermula dari sekarang sehingga berakhirnya Sukan SEA 2017 tersebut. Foto yang diambil sendiri (secara swafoto dan lain-lain) amat digalakkan untuk menjaga hal ehwal  berkaitan hak  cipta foto.

PPPJJ terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah dan syabas atas penglibatan anda dalam Sukan SEA 2017.

 

 Terima kasih.  

Last modified: Friday, 28 July 2017, 5:18 PM