PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN KURSUS SECARA e-DAFTAR SIDANG AKADEMIK 2017/2018

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR RPJJ

 

PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN KURSUS SECARA
e-DAFTAR SIDANG AKADEMIK 2017/2018

 

Untuk makluman semua pelajar, tarikh pendaftaran kursus secara e-Daftar bagi Sidang Akademik 2017/2018 terpaksa ditunda ke tarikh baharu iaitu mulai 9 Ogos 2017 dan tamat pada 30 Ogos 2017.  Sehubungan itu, pelajar hanya boleh mula mendaftar pada tarikh tersebut. Pendaftaran kursus secara e-Daftar melibatkan semua pelajar yang berstatus aktif serta pelajar yang menangguh pengajian pada sidang akademik 2016/2017. 

Nota:  Pelajar perlu menjelaskan yuran tertunggak sebelum mendaftar kursus.  Sistem pendaftaran campusonline akan ‘block’ pendaftaran pelajar yang masih mempunyai yuran tertunggak.  Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah pelajar menjelaskan sepenuhnya yuran tersebut. 

Pelajar juga diingatkan sekali lagi, pendaftaran kursus secara e-Daftar adalah mengikut major dan minor pelajar.  Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk memastikan  dan mengemaskini dengan segera major dan minor. Sekiranya terdapat perubahan, pelajar hendaklah mengisi Borang Melapor Major/Minor dan hantar ke PPPJJ dengan segera sebelum pendaftaran bermula. Pelajar perlu menyemak status major, minor dan penasihat akademik dalam SMUP campus online sebelum mendaftar kursus.  Pelajar juga perlu mendapat pengesahan dan penasihatan daripada Penasihat Akademik masing-masing terlebih dahulu sebelum mengesahkan pendaftaran.  

Sila ambil perhatian:  Pelajar yang tidak mendaftar kursus bagi Sidang Akademik 2017/2018, nama anda boleh dikeluarkan daripada senarai pelajar berdaftar PPPJJ, USM.

Maklumat panduan pendaftaran boleh didapati daripada portal pembelajaran RPJJ: https://elearning.usm.my/pppjj

 

Pendaftaran kursus secara e-Daftar perlu dibuat melalui portal campus online: https://campusonline.usm.my

 

Semua pelajar diminta untuk merujuk dan memahami proses panduan pendaftaran kursus terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus agar pendaftaran kursus secara e-Daftar dapat berjalan dengan lancar. 

 

Tatacara Pendaftaran Kursus:

 

No.

Proses

Laman

Http 

1

Dapatkan maklumat Panduan Pendaftaran Kursus secara e-Daftar

Portal Pembelajaran RPJJ

https://elearning.usm.my/pppjj

 

2

Daftar Kursus

 

Campus Online (SMUP)

https://campusonline.usm.my

 

Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Last modified: Friday, 28 July 2017, 5:25 PM