PROGRAM SISWA LESTARI RPJJ SIDANG AKADEMIK 2017/2018

Program Siswa Lestari Rancangan Pengajian Jarak Jauh Sidang Akademik 2017/2018 yang bermula pada 7 Ogos 2017 berakhir pada hari ini, 10 Ogos 2017.

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh mengucapkan syabas kepada semua pelajar yang telah menjalani program ini dengan jayanya.

Acara kemuncak program ini iaitu Majlis Sambutan Siswa dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung pada 8 Ogos 2017 telah berlangsung dengan jayanya dengan disaksikan Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail diiringi oleh Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan PPPJJ serta staf akademik dan pentadbiran PPPJJ.

Tahniah kepada semua pelajar baharu dan selamat menjalani pengajian dengan penuh azam serta disiplin yang kuat demi menggenggam segulung ijazah.

Syabas!!!

Last modified: Thursday, 10 August 2017, 5:03 PM