LAWATAN PEMERIKSA LUAR FIZIK

LAWATAN PEMERIKSA LUAR FIZIK

                                         PROFESOR DR. NOR  SABIRIN MOHAMED        

 

Selamat Datang ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia diucapkan kepada Profesor Dr. Nor Sabirin Mohamed dari Universiti Malaya dalam program lawatan sebagai Pemeriksa Luar bidang Fizik di PPPJJ. Profesor Dr. Nor Sabirin akan  berada di PPPJJ bermula 14-17  Ogos 2017 dan mengikuti beberapa program yang disusun atur oleh PPPJJ khususnya mengadakan sesi-sesi perbincangan berbentuk akademik bersama Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan, pensyarah-pensyarah Fizik dan juga pelajar PPPJJ. Profesor Dr. Nor Sabirin  turut dibawa melawat Pusat Wilayah Kuala Lumpur serta  kemudahan sistem sokongan di PPPJJ.

Profesor Dr. Nor Sabirin akan membentangkan seminar bertajuk ‘Bio-Based Polymer Electrolytes for Dye Sensitized Solar Cell Application’ pada 16 Ogos 2017 (Rabu) di Bilik Persidangan PPPJJ.

Last modified: Tuesday, 15 August 2017, 4:49 PM