MY JOURNEY AS A STUDENT

This is the page for my journey as a student.

My journey as a student

Orange Autumn Trees Fall Desktop Wallpaper (1).png
Details

Video my journey as a student

My journey as a student

MY JOURNEY AS A STUDENT

Beli celana beli permata

Sungguh menarik dipakai raja

Apa guna bermain cinta

Lebih baik belajar saja

 Saya percaya bahawa semua murid menerima pendidikan seawal ini. Begitu juga dengan saya, saya menerima pendidikan peringkat tadika di Sekolah Tadika Chung Cheng. Saya belajar di tadika selama 2 tahun iaitu dari umur 5 tahun hingga 6 tahun dari tahun 2002 dan tahun 2003. Tadika di sekolah saya berbeza sedikit berbanding dengan tadika yang lain yang bermula pada waktu pagi kerana tadika di sekolah saya bermula pada 1 petang. Saya pergi ke sekolah dan pulang ke rumah dengan menaiki bas sekolah. Sesi pembelajaran saya tamat pada 5 petang. Begitulah rutin harian saya semasa di tadika.

Saya mula memasuki ke peringkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng (SRJK© Chung Cheng). Saya belajar di sekolah rendah selama 6 tahun iaitu dari tahun 1 sehingga tahun 6 dari tahun 2004 sehingga tahun 2009. Sesi pembelajaran saya bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.15 petang. Jika terdapat aktiviti kokurikulum seperti rumah sukan, persatuan dan unit badan beruniform saya akan pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang. Ketika saya tahun 1, saya masih pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Namun begitu, semasa saya mula masuk ke tahun 2 kedua-dua ibu bapa saya membuat keputusan untuk menghantar ke sekolah dan menyambut saya pulang ke rumah. Keputusan yang dibuat oleh kedua-dua ibu bapa saya kekal sampai ke peringkat sekolah menengah.

            Selepas menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), saya mula memasuki  ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng (SMJK Chung Cheng). Saya mula belajar di sekolah menengah selama 5 tahun iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Rutin sekolah harian saya seperti biasa, kelas bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pada pukul 2 petang. Jika terdapat aktiviti kokurikulum seperti rumah sukan saya akan pulang pada pukul 6 petang, unit badan beruniform dan persatuan saya akan pulang pada waktu 4.30 petang. Perjalanan saya sebagai seorang pelajar mula berubah menjadi pahit ketika saya di tingkatan 4 kerana saya terpaksa berpindah rumah dari Pengkalan Chepa ke Kok Lanas. Perjalanan dari rumah baru saya ke sekolah bertambah 3 kali ganda iaitu 24 kilometer. Saya perlu mengambil masa yang lama untuk ke sekolah. Kehidupan saya pada peringkat sekolah menengah sangat letih kerana saya bukan sahaja perlu terlibat dalam aktiviti kokurikulum malah saya juga perlu menghadiri ke kelas tambahan swsata untuk menghadapai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Kebiasaanya kelas tambahan swasta saya tamat pada pukul 10 malam. Bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pada pukul 10 malam saya, saya tidak sempat untuk pulang ke rumah untuk berehat. Begitu juga dengan ibu saya yang terpaksa bersama dengan saya.

Selepas SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa (SMJK Chung Hwa) untuk mendapat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Seperti biasa kelas saya bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pada pukul 2.00 petang. Pada kali ini, saya tidak perlu lagi bergantung ibu bapa saya untuk menghantar dan menyambut pulang saya di sekolah. Saya pergi ke sekolah dengan memandu sendiri kereta bersama adik-beradik saya. Selepas STPM, saya amat bersyukur sekali kerana saya dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pendidikan. Semasa di USM terdapat banyak kenangan manis, pahit dan masam yang dilalui dengan bersama-sama kawan-kawan saya. Misalnya menyertai projek kajian lapangan, mengukur sungai, pertandingan mereka cipta alat bantu mengajar dan sebagainya. Segala kenangan di USM tidak dapat saya lupakan selama-lamanya.

Quotes

c72a27cc06717f08942f1bff58c8feb3.jpg
Details

Hello

0_DgONYCgblBRusT4j.gif
Details

Quotes

51S3CRKzg8L._SX258_BO1,204,203,200_.jpg
Details

Comments