Kursus ini memperkenalkan tentang konsep dan peranan pembangunan lestari untuk memastikan keperluan generasi akan datang tidak terpinggir, khususnya dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat. Penekanan kepada pembangunan lestari diutamakan berdasarkan 3 aspek iaitu ekonomi lestari, kepelbagaian biodiversiti dan integrasi sosial. Konsep pembangunan lestari ditekankan dari pelbagai aspek kehidupan. Isu, implikasi dan kajian kes dibincangkan secara global dengan mengambil contoh-contoh kelestarian di seluruh dunia. Kursus ini juga akan mengaplikasi pendidikan untuk pembangunan lestari ke dalam pelbagai disiplin. Kombinasi teori dan kerja lapangan yang terbentuk dalam kursus ini akan memenuhi permintaan tenaga kerja yang berkemahiran kelestarian. Di antara model dan teori yang akan dibincangkan termasuklah Model Pembangunan Lestari; Triple Bottom Line Sustainability Model; The Strong Sustainability Model dan The Mickey Mouse Model. Pada akhir kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan pelaksanaan projek kelestarian secara berkumpulan dan berbentuk kerja lapangan.