Kursus ini mengkaji perkara seperti penyakit, kesakitan dan sembuh dari penyakit daripada sudut Antropologi. Ia juga melihat bagaimana masyarakat yang berbeza budaya melihat dan menginterpretasikan penyakit dan juga tubuh badan. Kursus ini akan membincangkan topik-topik utama dalam antropologi perubatan, teori-teori yang dibangunkan serta kaedah mengkaji topik berkaitan daripada sudut antropologi. Pendekatan antropologi yang diambil mengajak pelajar membincangkan kes-kes kajian daripada kelompok-kelompok masyarakat berbeza di dalam dan luar Malaysia dalam mereka mengalami dan menginterpretasikan penyaki, kesakitan dan cara penyembuhan. Ia juga akan melihat konflik daripada sudut penerimaan dan kefahaman apabila perubatan moden dibawa kepada kelompok-kelompok ini.