Kursus ini membincangkan teori, konsep dan isu pembangunan ekonomi di negara membangun,
dari perspektif ekonomi pembangunan, pembangunan luar bandar, pembangunan modal insan,
perindustrian dan urbanisasi, pasaran antarabangsa, pertukaran asing, pelaburan dan bantuan
asing, serta perancangan pembangunan. Ia membantu pelajar memahami realiti negara
membangun dan meningkatkan kemahiran analitik dalam ekonomi pembangunan.