Saya ucapkan tahniah dan selamat datang ke kursus Pengantar ANSOS
Mohon teliti Pelan Pengajaran Kursus sebagaimana yang dilampirkan. Untuk makluman, penilaian kursus adalah berasaskan kepada 50% kerja kursus dan peperiksaan akhir 50%. Tugasan kerja kursus dan rubrik penilaian kursus akan diberikan selepas minggu pertama kuliah. Sesi pengajaran pula akan dibuat secara bersemuka dan dalam talian sekiranya ada keperluan sepanjang semester ini. Pengajaran secara dalam talian akan dimaklumkan mengikut kepada keperluan semasa termasuk sekiranya melibatkan cuti-cuti umum dan cuti yang melibatkan hari Rabu.
Kursus ini akan dibahagikan kepada kuliah untuk bahagian Antropologi dan bahagian Sosiologi. Kuliah 1 – Kuliah 7 (Bahagian Antropologi) akan dikendalikan oleh saya (PM Dr Nor Hafizah Selamat) dan Kuliah 8 – 14 akan dikendalikan oleh Professor Sivamurugan a/l Pandian (Bahagian Sosiologi)
Kuliah minggu pertama akan bermula pada 8 Oktober, 2025. Kuliah pertama akan memfokuskan kepada semua perkara berkaitan silibus, tugasan, tutorial dan perkara-perkara berkaitan. Anda semua boleh bertanyakan sebarang soalan pada kuliah pertama ini termasuklah sekiranya anda semua ada masalah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka atau secara atas talian. Saya harap semua kemusykilan berkaitan kursus boleh dikemukakan pada kuliah pertama kerana minggu seterusnya kita akan terus fokus kepada kuliah.
Saya mengharapkan kerjasama anda semua untuk memastikan perjalanan kursus ini dapat berjalan dengan lancar pada semester ini dan berdasarkan kepada POLISI KURSUS yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Ketidakhadiran perlu disertakan dengan dokumen sokongan [cuti sakit dan yang berkaitan). Saya percaya anda semua sudah bersedia untuk mengikuti kursus ini dengan semangat motivasi yang tinggi.
Bertemu nanti!
Pensyarah:
Prof. Madya Dr Nor Hafizah Selamat (Bahagian Antropologi) (hafiz@usm.my)
Professor Sivamurugan a/l Pandian (Bahagian Sosiologi) (siva@usm.my
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
USM