236
KURSUS INI MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR SAMA ADA UNTUK MENJALANI SATU RESITAL SOLO ATAU PENULISAN TESIS MINI. DALAM PERSEMBAHAN RESITAL, PELAJAR AKAN MENYEDIAKAN SATU KONSERT PERSEMBAHAN SEKURANG-KURANGNYA 45 MINIT YANG MERANGKUMI KARYA-KARYA PELBAGAI ZAMAN DAN STAIL. KARYA-KARYA YANG DIPILIH JUGA MENCABAR DAN KOMPLEKS. DALAM PENULISAN TESIS MINI, PELAJAR AKAN DIBERI PELUANG UNTUK MEMILIH SATU TOPIK BERASASKAN PEDAGOGI, TEORI, SEJARAH ATAU ETNOMUZIK.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERNILAI 8 UNIT. PELAJAR PERLU MEMAINKAN PERANAN UTAMA DALAM PERSEMBAHAN ATAU PRODUKSI SEBUAH NASKAH/TEKS/SKRIP IAITU, BERLAKON/MENGARAH ATAU MENGENDALIKAN SINOGRAFI/KOREOGRAFI. PELAJAR PERLU TERLEBIH DAHULU MENGEMUKAKAN KONSEP PERSEMBAHAN, MENGANALISISKAN TEKS, MENGUJI BAKAT, MENJALANKAN LATIHAN BAGI PELAKON, MENGARAH, MEREKABENTUK DAN MENGENDALIKAN ASPEK-ASPEK TEKNIKAL DAN PERSEMBAHAN. PELAJAR JUGA DIMINTA MENDOKUMENTASIKAN KESELURUHAN PROSES DARIPADA CADANGAN, KONSEP HINGGA KRITIKAN SELEPAS PERSEMBAHAN.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI TERTUMPU KEPADA PROJEK PENCIPTAAN KARYA VISUAL KREATIF. PROFESIONALISME PRAKTIS SENIMAN VISUAL KREATIF DALAM KONTEKS STUDIO YANG MENYELURUH MENJADI KEUTAMAAN KURSUS INI. DIBAWAH SELIAAN PENYELIA, PELAJAR DIKEHENDAKI MENCIPTA DAN MENYIAPKAN SEJUMLAH KARYA-KARYA VISUAL KREATIF PADA TAHAP PROFESIONAL SECARA KENDIRI. KURSUS YANG BERPUSATKAN PELAJAR INI JUGA MENEKANKAN ASPEK PENYELIDIKAN VISUAL SEBAGAI ASAS KEPADA PENCIPTAAN KARYA VISUAL TERSEBUT

Skill Level: Beginner