- Lecturer: PROFESOR DR. OOI BOON SENG
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. VEL MURUGAN A/L VADIVELU
Skill Level: Beginner
- Lecturer: PROFESOR IR. DR. ABDUL LATIF BIN AHMAD
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. LOW SIEW CHUN
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MEMPERKENALKAN KONSEP TINDAKBALAS KIMIA DAN REKABENTUK REAKTOR DALAM KEJURUTERAAN KIMIA. KURSUS INI MEMENUHI SYARAT-SYARAT DITETAPKAN OLEH LEMBAGA JURUTERA UNTUK PENGIKTIRAFAN DARJAH KEJURUTERAAN KIMIA
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. AZAM TAUFIK BIN MOHD DIN
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. MOHAMAD HEKARL BIN UZIR
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN MEMBERI PENGETAHUAN BERKAITAN KONSEP BIOPENAPISAN DAN JENIS SUMBER BIOJISIM YANG BERBEZA YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN MENTAH UNTUK PENGELUARAN TENAGA, BAHAN API DAN BAHAN KIMIA. PELAJAR DIBERI GAMBARAN MENGENAI PRINSIP TEKNOLOGI DAN PEMISAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM BIOPENAPISAN. PELAJAR AKAN MENILAI MENGGUNAKAN LITERATUR KAJIAN BERKAITAN TINDAK BALAS, SINTESIS DAN PELBAGAI TEKNOLOGI DALAM BIOPENAPISAN.
- Lecturer: DR. FADZIL NOOR BIN GONAWAN
- Lecturer: IR. DR. NUR AYSHAH BINTI ROSLI
Skill Level: Beginner
PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN UNTUK MEREKABENTUK REAKTOR BERMANGKIN LAZIM, REAKTOR BERBILANG DAN BIOREAKTOR. PELAJAR JUGA AKAN MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENCUKUPI DALAM PENYEDIAAN DAN PENCIRIAN PELBAGAI JENIS MANGKIN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES INDUSTRI
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MENCAKUPI TEORI-TEORI ASAS FENOMENA PENGANGKUTAN IAITU MOMENTUM, HABA DAN JISIM DAN BAGAIMANA TEORI-TEORI INI DIKEMBANG DAN DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN DALAM BIDANG DINAMIK BENDALIR, PEMINDAHAN HABA DAN PEMINDAHAN JISIM. PEMAHAMAN TEORI-TEORI ASAS INI AMAT PENTING BAGI PENGEMBANGAN PENGETAHUAN UNTUK DIGUNAKAN TERUTAMANYA UNTUK TUJUAN PERMODELAN MATEMATIK DAN SIMULASI. PELAJAR KEMUDIANNYA AKAN MENGHUBUNGKAN KONSEP-KONSEP ASAS FENOMENA PENGANGKUTAN DALAM KURSUS-KURSUS LANJUTAN SERTA LEBIH MENINGKATKAN PEMAHAMAN DI DALAM MAKMAL OPERASI UNIT.
- Lecturer: DR. MUHAMAD NAZRI BIN MURAT
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. MOHAMAD HEKARL BIN UZIR
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN BERKENAAN TEORI ASAS DAN FENOMENA ALIRAN BENDALIR. FOKUS KURSUS INI ADALAH PADA PENYELESAIAN MASALAH ALIRAN BENDALIR DAN MEREKABENTUK SALURAN PAIP DAN PERALATAN UNTUK PENGANGKUTAN BENDALIR. PADA AKHIR KURSUS INI, PELAJAR BERUPAYA UNTUK MEMAHAMI PRINSIP-PRINSIP ASAS DAN ANALISIS KEDUA-DUA SISTEM BENDALIR STATIK DAN DINAMIK, MENGANALISA MASALAH ALIRAN BENDALIR DENGAN APLIKASI PERSAMAAN-PERSAMAAN MOMENTUM DAN TENAGA DAN MENGANALISA ALIRAN PAIP DAN JENTERA BENDALIR.
- Lecturer: PROFESOR IR. DR. ABDUL LATIF BIN AHMAD
- Lecturer: PROFESOR MADYA DR. KHAIRIAH BINTI ABD. KARIM
Skill Level: Beginner
UNTUK MENYAMPAIKAN PENGETAHUAN MENGENAI RESAPAN DAN PEMINDAHAN JISIM, MELATIH PELAJAR-PELAJAR UNTUK MEMPEROLEH KEMAHIRAN MELAKUKAN PENGIRAAN DALAM OPERASI PROSES SELAIN MEREKABENTUK PERALATAN BAGI PROSES-PROSES PENYERAPAN, PENYULINGAN, PENYARIAN (PEPEJAL-CECAIR) DAN PENGEKSTRAKAN (CECAIR-CECAIR)
Skill Level: Beginner
MEMBERI PENGENALAN TENTANG BENTUK-BENTUK PEMINDAHAN HABA YANG MERANGKUMI KONDUKSI, PEROLAKAN DAN RADIASI. REKABENTUK ALATAN PENUKARAN HABA JUGA TURUT DIBERI PENEKANAN.
Skill Level: Beginner