Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), USM khususnya kepada pelajar pakej minor arkeologi. Hanya pelajar minor yang telah mengikuti praktikal kerja lapangan arkeologi di Pusat Lapangan Arkeologi (PLA) USM, Lenggong, Perak dari 02 Oktober 2023 hingga 14 Oktober 2023 layak mendaftar kursus ini. Melalui kursus selama dua minggu di PLA, pelajar akan didedahkan kepada kuliah dan aktiviti kerja lapangan survei dan ekskavasi arkeologi. Praktikal akan menjurus kepada perbincangan tentang prinsip dan kaedah sains yang digunakan dalam pelaksanaan survei dan ekskavasi arkeologi. Segala prosedur bermula dari aktiviti meninjau/mencari tapak hingga kerja-kerja pengumpulan dan perekodan data mentah akan dibincangkan secara sistematik. Selain itu, pelajar akan dibimbing dari segi teknik analisis artifak secara berperingkat, bermula dari kaedah pembersihan artifak dan konservasi awalan, merekod artifak, pendaftaran artifak, melukis dan mengambil foto. Di USM, pelajar akan mengikuti kuliah selama 15 minggu dan menjalani analisis artifak di makmal PPAG sepanjang semester. Melalui kuliah dan analisis makmal, pelajar akan didedahkan kepada teknik analisis artifak di makmal dan cara mentafsir data analisis secara saintifik. Sebagai tambahan, teori kebudayaan masyarakat prasejarah akan ditekankan berdasarkan interpretasi budaya material dari tapak-tapak arkeologi di Malaysia, khasnya dan Asia Tenggara, amnya.
- Lecturer: DR. NASHA BIN RODZIADI KHAW
- Lecturer: DR. NOR KHAIRUNNISA BINTI TALIB
- Lecturer: DR. SURESH A/L NARAYANEN
- Lecturer: DR. VELAT ANAK BUJENG
- Lecturer: PROFESOR DR. STEPHEN CHIA MING SOON
Skill Level: Beginner
PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN KEPADA BUKTI ARKEOLOGI YANG DAPAT MEMPERIHALKAN AKTIVITI DAN TINGKAH LAKU MANUSIA SEJAK TUJUH (7) JUTA TAHUN DAHULU HINGGA PERMULAAN TAMADUN-SUATU PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DENGAN PERLAHAN DAN TIDAK SERAGAM DI SELURUH DUNIA. DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG INI, PELAJAR AKAN DIPERKENALKAN SEPINTAS LALU KEPADA PERUBAHAN UTAMA DALAM IKLIM, FLORA DAN FAUNA TERUTAMANYA SEMASA ZAMAN PALEOLITIK, MESOLITIK, NEOLITIK DAN LOGAM. PERBINCANGAN KULIAH ADALAH MERANGKUMI TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KEJENISAN MANUSIA, KEBUDAYAAN MATERIAL DAN TEKNOLOGI MASYARAKAT PRASEJARAH DI DUNIA. KURSUS INI JUGA TURUT MEMBINCANGKAN PERKEMBANGAN TAMADUN AWAL DI DUNIA YANG TERKEMUKA SEPERTI MESOPOTAMIA, MESIR, INDUS, CHINA, AMERIKA SELATAN DAN EROPAH. KANDUNGAN PERBINCANGAN ADALAH MERANGKUMI JENIS TAPAK, PENTARIKHAN, BUKTI JUMPAAN ARTIFAK, FAKTOR KEMUNCULAN ATAU PERKEMBANGAN TAMADUN, SUMBANGAN TAMADUN DAN TURUT MEMBINCANGKAN FAKTOR KERUNTUHAN ATAU KEJATUHAN SESEBUAH TAMADUN YANG TERPILIH DI DUNIA.
- Lecturer: DR. NASHA BIN RODZIADI KHAW
- Lecturer: DR. NOR KHAIRUNNISA BINTI TALIB
- Lecturer: DR. SURESH A/L NARAYANEN
- Lecturer: DR. VELAT ANAK BUJENG
- Lecturer: PROFESOR DR. STEPHEN CHIA MING SOON
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN MEMPERKENALKAN PELAJAR KEPADA BIDANG ARKEOLOGI. PELAJAR AKAN MEMPELAJARI SEJARAH ARKEOLOGI DAN BAGAIMANA AHLI ARKEOLOGI MENGENAL PASTI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI, MENJALANKAN EKSKAVASI, MENENTUKAN USIA ARTIFAK ATAU TAPAK DAN MEMBUAT REKONSTRUKSI TENTANG CARA HIDUP PRASEJARAH. PELAJAR JUGA AKAN MEMPELAJARI TENTANG ARTIFAK DAN TEKNOLOGI PRASEJARAH YANG DITEMUI DALAM EKSKAVASI DI SELURUH DUNIA. SELAIN ITU, KURSUS INI AKAN MEMBERIKAN PENGENALAN SKALI ATAU EPOK GEOLOGI DUNIA PADA ZAMAN KUARTERNARI DAN BAGAIMANA MASYARAKAT BERADAPTASI PADA ZAMAN TERSEBUT. PELAJAR JUGA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN BIDANG PENGURUSAN WARISAN DUNIA. TOPIK TERSEBUT MEMBINCANGKAN SISTEM PENGURUSAN WARISAN BUDAYA DAN AKTA WARISAN DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA; PENGGUNAAN WARISAN SERTA ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ARKEOLOGI DALAM BIDANG INI. PERANAN BIDANG ETNOARKEOLOGI TURUT DIBERI PENEKANAN KEPADA PELAJAR KERANA PENTING BAGI AHLI ARKEOLOGI MEMBUAT ANALOGI TERHADAP CARA HIDUP DAN TINGKAH LAKU MASYARAKAT PRASEJARAH BERDASARKAN DATA-DATA MASYARAKAT KONTEMPORARI. AKHIR SEKALI PELAJAR TURUT DIBERI PENGENALAN TENTANG PERANAN PENGURUSAN MUZIUM DAN WARISAN. PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN TERHADAP FUNGSI DAN HUBUNGAN ANTARA ARKEOLOGI DENGAN MUZIUM SERTA USAHA MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA. PELAJAR JUGA AKAN DIBERI PELUANG MEMERIKSA BERBAGAI-BAGAI JENIS ARTIFAK EKSKAVASI, MEMBUAT ALAT-ALAT BATU DAN MELAWAT TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI.
- Lecturer: DR. NASHA BIN RODZIADI KHAW
- Lecturer: DR. NOR KHAIRUNNISA BINTI TALIB
- Lecturer: DR. SURESH A/L NARAYANEN
- Lecturer: DR. VELAT ANAK BUJENG
- Lecturer: PROFESOR DR. STEPHEN CHIA MING SOON
Skill Level: Beginner