231
Assalamualaikum wbt.
Selamat datang kepada semua pelajar ke Kursus SVW502-PEMBANGUNAN INSANIAH.

Kursus ini merupakan kursus teras semua pelajar yang mengikuti program pengajian Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam).

Bermula pada 21 Oktober 2023, kursus ini akan disampaikan selama 15 minggu (14 minggu pengajaran & pembelajaran) untuk Semester 1 Sidang Akademik 2023/2024.

Kursus ini memberi penekanan kepada empat perkara utama dalam pembangunan insaniah iaitu pembangunan rohani, fizikal, mental dan emosi. Perbincangan meliputi konsep dan persiapan proses pembangunan insaniah. Kursus ini turut memberi pendedahan terhadap cabaran semasa pembangunan insaniah dalam pengurusan pembangunan berteraskan Islam dan keperluan kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
Skill Level: Beginner
Assalamualaikum dan selamat datang ke kursus SIW505.

Kursus ini mengandungi aspek fundamental pengurusan pembangunan Islam terdiri daripada epistemologi dan tasawur Islam. Perbincangan meliputi konsep ilmu dalam epistemologi Islam dan lazim serta konsep dan aplikasi tasawur Islam dalam pengurusan pembangunan Islam. Kursus ini turut membincangkan isu-isu berkaitan epistemologi dan tasawur Islam dalam pengurusan pembangunan Islam.

Kursus ini mensasarkan 3 hasil pembelajaran seperti berikut:
- Menganalisis pengurusan pembangunan Islam berdasarkan epistemologi dan tasawur Islam
- Mematuhi nilai etika dan profesionalisme berdasarkan epistemologi dan tasawur Islam
- Menguruskan maklumat pembelajaran sepanjang hayat berkaitan epistemologi dan tasawur Islam

Semoga sepanjang semester ini saudara/i dapat mengikuti kursus ini dengan penuh komited dan memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Selamat menuntut ilmu!
Skill Level: Beginner