232
Kursus ini mendedahkan para pelajar tentang cara hidup dan kebudayaan masyarakat prasejarah Asia Tenggara pada zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam. Perbincangan dibuat berdasarkan kepada hasil kajian terhadap tinggalan material seperti tembikar, gangsa, alat batu, tulang dan sebagainya. Penemuan-penemuan tersebut telah memberi gambaran yang mengenai cara hidup masyarakat lampau, adaptasi dengan persekitaran alam dan kebudayaan mereka. Bagi zaman sejarah awal pula, pelajar didedahkan dengan perkembangan ekonomi, sistem politik dan kebudayaan mereka. Di samping itu, kursus ini turut memberi fokus kepada zaman protosejarah dan sejarah awal, iaitu dari kurun ke-2 hingga kurun ke-14 masihi. Pada ketika ini, telah muncul penempatan-penempatan yang berkembang menjadi unit-unit politik dan kebudayan di kawasan kepulauan dan tanah besar Asia Tenggara. Penempatan-penempatan ini seterusnya berevolusi membentuk kerajaan yang memiliki sistem tulisan, seni arca, seni bina serta sistem ekonomi mereka sendiri. Dalam kursus ini, tahap-tahap perkembangan kebudayaan manusia awal di Asia Tenggara serta isu-isu utama dalam kajian arkeologi, terutamanya di Kemboja, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Malaysia akan dibahas.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA PENDEKATAN SAINS YANG SERING DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN PERSOALAN-PERSOALAN DALAM ARKEOLOGI. PENDEKATAN SAINS INI MELIBATKAN KAEDAH-KAEDAH FIZIKAL DAN KIMIA YANG AKAN DIPERKENALKAN KEPADA PELAJAR MELALUI PEMERIKSAAN MAKMAL, TERHADAP BERBAGAI JENIS ARTIFAK SEPERTI TEMBIKAR, GANGSA DAN MANIK. MAKA, PELAJAR AKAN BERPELUANG MEMPEROLEHI PENGALAMAN "HANDS-ON" MELALUI KELAS MAKMAL DAN PROJEK MAKMAL.
Skill Level: Beginner