Assalamualaikum dan Salam sejahtera

1. Mulai sem 2 sidang 2021/22 dan seterusnya, PRK berhasrat untuk memastikan penggunaan portal eLearning secara optimum bagi tujuan pemberian gred, rekod kehadiran dan bukti sokongan Outcome Based Education (OBE) di bawah kerangka MQA

2. Sehubungan itu, sebagai salah satu perancangan dan naik taraf, semua pegawai kadet PALAPES diwajibkan untuk perkara berikut:

2.1 Merekod kehadiran sendiri pada setiap hari sabtu di dalam portal eLearning sepanjang minggu 1-14 setiap semester. Proses ini sangat mudah dan tidak sampai 1 minit. Markah kehadiran akan dikira sebagai sebahagian pemarkahan akhir bagi kursus kokurikulum. Kehadiran sdra/i akan di semak silang (crosschecked) dgn senarai kehadiran semasa latihan oleh JL

2.2 Tugasan Berkumpulan - sila rujuk kepada arahan dan senarai ahli di dalam portal eLearning masing masing. Tugasan ini merupakan tambahan daripada ujian/amali perkhidmatan masing2 ketika annual camp. Sebahagian markah juga akan diberikan melalui tugasan berkumpulan ini. Masa yang mencukupi diberikan bagi tujuan ini agar tidak mengganggu latihan sebenar. Sila hantar melalui portal eLearning sblm tarikh akhir yang ditetapkan

2.3 Laporan refleksi - laporan ini boleh mula diakses mulai 15 Jun 2023-15 Julai 2023 nanti. Sila isi dan kembalikan melalui portal eLearning sebelum tarikh akhir. Laporan refleksi ini juga akan diberikan markah sebagai sebahagian keperluan kursus

3. Selain itu, saya juga akan muat naik nota nota umum (kecuali pelajaran berbentuk rahsia spt data teknik senjata, taktik dan lain lain maklumat rahsia negara) ke dalam portal eLearning dari semasa ke semasa. Sdra/i boleh rujuk nota2 umum ini apabila sy menerimanya daripada JL masing2 (jika ada) nanti. Walaubagaimanapun, nota2 ini adalah sebagai rujukan tambahan sahaja kerana kesemua topik dan silibus mengikut peringkat kadet tetap di ajar seperti biasa oleh JL semasa LT, LB dan LKT nanti.

4. Sila beri perhatian dan tindakan wajar bahawa keperluan2 item 2.1, 2.2 dan 2.3 di atas adalah mustahak bagi tujuan pemarkahan dan gred akhir kursus palapes sdra/i. Kegagalan memenuhi keperluan di atas boleh menjejaskan gred akhir.

5. Saya juga ingin menyeru agar semua kadet mengekalkan tahap disiplin dan kecemerlangan akademik sepanjang pengajian. Pegawai kadet yang cemerlang di dalam kokurikulum, akademik, pengajian ketenteraan dan kepemimpinan sentiasa dihargai. Insya Allah anugerah2 berkaitan seperti Sijil Komandan (GPA 3.5 ke atas), anugerah perisai kehormat spt Akademik terbaik, Pengajian ketenteraan terbaik dan Best Cadet akan diteruskan disamping anugerah lain yang bersesuaian (dengan kelulusan YBhg Komandan) bagi menghargai pencapaian istimewa peg kadet dari semasa ke semasa.

Terima kasih.
Skill Level: Beginner