Projek ini menggalakkan pelajar menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan bahasa asing atau bahasa kedua yang dimiliki hingga peringkat ini untuk menghasilkan sebuah teks terjemahan. Panjang latihan ini ialah lebih kurang 20,000 patah perkataan, yang merangkumi dua semester. Sebelum melakukan kerja menterjemah yang sebenar, pada semester pertama projek, pelajar dikehendaki mengadakan atau menghadiri bengkel, mesyuarat, atau seminar di samping mula menganalisis teks sumber yang ditentukan. Pada tahap ini, pelajar akan membincangkan masalah yang akan dihadapi, cara mengatasi masalah dan juga teknik menterjemah. Pada akhir kursus, pelajar akan menghasilkan sebuah produk terjemahan dan ulasan terjemahan. Sepanjang kursus, pelajar diharapkan dapat menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada kursus terjemahan yang terdahulu untuk menterjemah teks secara profesional.
Skill Level: Beginner