Kursus LAA100 (Bahasa Arab 1)

Peringkat permulaan kursus ini memberikan penekanan pada penggunaan tatabahasa mengikut gaya bahasa Arab yang betul untuk kemahiran berkomunikasi.

Perbendaharaan kata dalam situasi harian yang diperkenalkan adalah seperti sapaan, perkenalan, objek-objek di sekeliling serta tempat-tempat utama untuk berinteraksi dalam pelbagai situasi harian.

Kemahiran menulis juga diberikan tumpuan dengan memperbanyak latih tubi di samping meningkatkan pemahaman bahasa Arab melalui sesi perbincangan teks yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

Kursus LAA100 menggunakan buku At-Takallum. Saya telah memberikan buku tersebut dalam bentuk softcopy (pdf) secara percuma kepada semua pelajar. Kursus ini hanya merangkumi 2 Bab dari buku tersebut (hlm 16 – 57).
Skill Level: Beginner