KURSUS INI MEMPERKENALKAN PELAJAR MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA INGGERIS. KOMPONEN MORFOLOGI MEMBINCANGKAN BENTUK DAN STRUKTUR DALAMAN PERKATAAN. IA AKAN MENELITI KONSEP DAN ISU UTAMA DALAM TEORI DAN ANALISIS MORFOLOGI: MORFEM DAN ALOMORF, FLEKSI DAN TERBITAN KATA, PENDEKATAN MORFEM DASAR DAN KATA DASAR, PARADIGMA DAN INTERAKSI ANTARA MORFOLOGI DAN KOMPONEN TATABAHASA YANG LAIN. KOMPONEN SINTAKSIS MEMBERI TUMPUAN TERHADAP STRUKTUR AYAT. IA MENERANGKAN KONSEP DAN TERMINOLOGI ASAS SINTAKSIS SERTA STRUKTUR KONSTITUENSI AYAT TERMASUK REPRESENTASI VISUAL STRUKTUR KLAUSA. IA JUGA MEMBINCANGKAN FUNGSI SINTAKSIS DALAM KLAUSA (SUBJEK, OBJEK, PREDIKAT DLL) DAN OPERASI SINTAKSIS SEPERTI PEMBENTUKAN AYAT PASIF DAN SOALAN.
Skill Level: Beginner