Kursus ini membincangkan kesusasteraan Melayu tradisional dan folklor di Nusantara merangkumi puisi dan prosa. Penekanan akan diberikan terhadap karya-karya utama yang lahir dalam sejarah kesusasteraan bagi masyarakat Nusantara khususnya dalam lingkungan abad ke-16 sehingga awal abad ke-18 terutamanya dari genre sastera rakyat, hikayat, sejarah, epik, ketatanegaraan, undang-undang dan keagamaan. Perbincangan bercorak perbandingan dalam konteks Nusantara merangkumi tradisi penulisan, kepengarangan, unsur-unsur budaya dan pengaruh Islam. Kandungan kursus akhirnya akan menjurus kepada peranan dan kepentingan hasil kesusasteraan tradisional sebagai asas pembinaan tamadun bagi masyarakat Melayu di Nusantara.
Skill Level: Beginner