Selamat datang ke kursus SAW 206 - 2023/2024


Saya ucapkan tahniah dan selamat datang ke kursus TEORI ANSOS!

Mohon teliti Pelan Pengajaran Kursus sebagaimana yang dilampirkan. Untuk makluman, penilaian kursus adalah berasaskan kepada 60% kerja kursus dan peperiksaan akhir 40%). Tugasan kerja kursus dan rubrik penilaian kursus akan diberikan selepas minggu pertama kuliah. Sesi pengajaran pula akan dibuat secara bersemuka (50%) dan dalam talian (50%) sepanjang semester ini. Pengajaran secara dalam talian akan dimaklumkan mengikut kepada keperluan semasa termasuk sekiranya melibatkan cuti-cuti umum dan cuti yang melibatkan hari Isnin.

Kuliah minggu pertama akan bermula pada 25 Mac, 2024 pukul 11 pagi secara dalam talian. Kuliah pertama akan memfokuskan kepada semua perkara berkaitan silibus, tugasan, tutorial dan perkara-perkara berkaitan. Anda semua boleh bertanyakan sebarang soalan pada kuliah pertama ini termasuklah sekiranya anda semua ada masalah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka atau secara atas talian. Saya harap semua kemusykilan berkaitan kursus boleh dikemukakan pada kuliah pertama kerana minggu seterusnya kita akan terus fokus kepada kuliah.

Saya mengharapkan kerjasama anda semua untuk memastikan perjalanan kursus ini dapat berjalan dengan lancar pada semester ini dan berdasarkan kepada POLISI KURSUS yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Kehadiran setiap minggu adalah wajib. Ketidakhadiran perlu disertakan dengan dokumen sokongan [cuti sakit dan yang berkaitan). Saya percaya anda semua sudah bersedia untuk mengikuti kursus ini dengan semangat motivasi yang tinggi.

Bertemu nanti!

Webex Link untuk Kuliah
Meeting link: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m8dca76a9d1a416f8de53cb2a9a09afa8
Meeting number: 2515 705 6322
Meeting password: zHAAnf9ZD32
Pensyarah:

Prof. Madya Dr Nor Hafizah Selamat
Bahagian Antropologi dan Sosiologi,
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
USM

hafiz@usm.my
04-653-4608


Skill Level: Beginner