Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkaitan undang-undang dengan praktis kerja sosial yang mempunyai implikasi signifikan terhadap proses pertolongan yang disalurkan kepada individu, keluarga, kumpulan dan komuniti tertentu. Fokus akan diberikan kepada akta/perundangan tertentu yang dilihat relevan dengan praktis kerja sosial melibatkan kanak-kanak, juvana, mangsa keganasan rumah tangga, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain. Kursus ini juga membantu pelajar memahami peranan atau tugas pekerja sosial dalam memenuhi keperluan dan/atau menuntut hak klien berdasarkan kepada perundangan sedia ada. Selain itu, pelajar juga digalakkan menyumbang idea untuk penilaian dan penambahbaikan perundangan sedia ada. Kursus ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang nilai/prinsip/etika yang mendasari praktis undang-undang dan juga kerja sosial.
- Lecturer: DR. INTAN NOORAINI BINTI HAJI ZAINOL
Skill Level: Beginner