Matlamat kursus ini ialah meneliti secara mendalam pelbagai perubahan penting dalam sejarah sosioekonomi Malaysia sejak 1780-an sehingga 1990-an melalui kajian terperinci tentang tema-tema tertentu yang menjadi objektif utama kursus ini. Berbagai-bagai tema diterokai seperti corak perubahan petempatan penduduk, kewujudan dan perkembangan perbandaran; sumbangan sektor perlombongan dan pertanian eksport, peranan buruh imigran dalam ekonomi; impak dan pengaruh pengalaman masa perang; pembangunan pendidikan dan persekolahan serta Dasar Ekonomi Baru (1970-1990).
Skill Level: Beginner