KURSUS INI MERANGKUMI KONSEP ASAS DALAM BIDANG PERUBATAN MASYARAKAT IAITU PROMOSI KESIHATAN, KESIHATAN KELUARGA, PEKERJAAN, DAN PERSEKITARAN, SERTA SOSIOLOGI PERUBATAN. FAKTOR PENENTU KESIHATAN, PERUBAHAN TREND KESIHATAN AWAM DAN PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA, KEPERLUAN DAN PERMINTAAN TERHADAP PERKHIDMATAN KESIHATAN, AKSES KEPADA PENJAGAAN KESIHATAN AWAM DAN POLISI BERKAITAN SERTA PELBAGAI MODEL KESIHATAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN AKAN DIBINCANGKAN. LAWATAN LAPANGAN AKAN DIJALANKAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI APLIKASI KONSEP-KONSEP YANG DIBINCANGKAN. PENDEDAHAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN PERUBATAN AKAN DIBERIKAN. PENGAJARAN STATISTIK PERUBATAN KULIAH DAN LATIHAN AMALI MENGGUNAKAN PERISIAN SPSS UNTUK ANALISA DATA BIVARIABEL. PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR MENGENAI PRINSIP ASAS PERUBATAN MASYARAKAT, KAEDAH PENYELIDIKAN DAN STATISTIK AKAN DINILAI MELALUI PENILAIAN BERTERUSAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN FORMATIF DAN SUMMATIF.
Skill Level: Beginner