KURSUS INI ADALAH WAJIB BAGI SEMUA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MAJOR MAHUPUN MINOR DALAM SEJARAH. MATLAMAT ASAS KURSUS INI IALAH UNTUK MEMPERKENALKAN PARA PELAJAR KEPADA PENGAJIAN SEJARAH SEBAGAI SATU BIDANG AKADEMIK YANG KHUSUS DENGAN CIRI-CIRINYA YANG TERSENDIRI. ANTARA TEMA UTAMA KURSUS INI IALAH MAKNA DAN SKOP BIDANG BERKENAAN, PENILAIAN KRITIKAL TERHADAP SUMBER-SUMBER SEJARAH, KONSEP PENYEBABAN DI DALAM SEJARAH, DAN PERSOALAN KEOBJEKTIFAN. TEMA-TEMA BERKONTROVERSI DI DALAM SEJARAH MALAYSIA DARI TEMPOH PRA-PENJAJAHAN SEHINGGA MASA KINI AKAN DIKAJI DEMI MEMBERIKAN PELAJAR PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM TERHADAP SEJARAH SEBAGAI SEBUAH KURSUS PENGAJIAN.
Skill Level: Beginner