Kursus ini bertujuan untuk memberi kecekapan dan kemahiran kepada para pelajar dalam penilaian dan pentaksiran dengan menggunakan teknik-teknik formatif dan sumatif. Pelajar-pelajar diperlukan untuk membuat analisis kritikal dan mendalam tentang penilaian prestasi dan hubungan serta kesannya terhadap pendidikan sains. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah peralihan amalan penilaian dalam pendidikan; amalan penilaian semasa dan perubahan yang diperlukan; penilaian prestasi pelajar; penilaian kendiri dan portfolio serta proses pelaksanaannya. Kebolehan mengenalpasti konstruk prestasi dalam pelbagai jenis penilaian adalah sangat penting. This course aims to provide students with competence and skills in evaluation and assessment using formative and summative techniques. Students are required to make a critical and in-depth analysis of performance assessment and its relationship and impact on science education. Among the things that will be discussed is the transition of assessment practices in education; current assessment practices and required changes; assessment of student performance; self-assessment and portfolio and its implementation process. The ability to identify performance constructs in various types of assessments is very important.
Skill Level: Beginner