Kursus ini memberi fokus kepada prinsip-prinsip tentang reka bentuk dan perkembangan kurikulum. Di samping itu, kursus ini juga membolehkan pelajar memahami secara kritis tentang proses merekabentuk dan memperkembangkan kurikulum. Pelbagai model dan pendekatan berkaitan kedua-dua aspek kurikulum akan dibincangkan dan dikaitkan dengan kurikulum sedia ada. Kursus ini juga merangkumi huraian tentang peranan pihak ’stakeholders’ yang berbeza serta tentang komponen-komponen utama yang diambil kira dalam perkembangan dan reka bentuk kurikulum. Pelajar akan mengenal pasti dan memahami masalah yang timbul dalam proses perkembangan dan rekabentuk kurikulum serta merancang dalam menghasilkan satu contoh kurikulum bagi satu mata pelajaran yang dipilih.

This course focuses on the principles of curriculum design and development. In addition, this course also enables students to critically understand the process of designing and developing curriculum. Various models and approaches related to the two curriculum aspects will be discussed and linked to the existing curriculum. The course also describes the role of different ’stakeholders’ and the main components in curriculum development and design. Students will identify and understand the problems that arise in the process of curriculum development and design, and plan for a sample curriculum for a subject that is selected.
Skill Level: Beginner