PROJEK STUDIO MEMBERI TUMPUAN KEPADA APLIKASI PRINSIP DAN ELEMEN REKA BENTUK YANG HIJAU DAN LESTARI DALAM PERANCANGAN RUANG BANDAR DAN KEJIRANAN BANDAR. PELAJAR DILATIH BERFIKIR SECARA SISTEMATIK DAN HOLISTIK BERDASARKAN KEPADA RUJUKAN PEMBACAAN YANG MELUAS DAN AMALAN TERBAIK PERANCANGAN BANDAR DI SELURUH DUNIA, DI SAMPING MEMBINA KEMAHIRAN DALAM TULISAN SENI BINA, LUKISAN TEKNIKAL 2D 3D DAN KOMUNIKASI GRAFIK. PELAJAR MEMBUAT ANALISA TAPAK DI LOKASI SEBENAR, MEMBENTUK PELAN KONSEP DAN MENTERJEMAHKAN ELEMEN REKA BENTUK DALAM PELAN SUSUNATUR KEJIRANAN YANG MERANGKUMI CIRI-CIRI KELESTARIAN, BERPANDUKAN KEPERLUAN DALAM AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) DAN GARIS PANDUAN PERUMAHAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA (JPBD), KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN.
Skill Level: Beginner